Monday, 30 September 2019

batas-batas pergaulan

POLITEKNIK UNGKU OMAR
SESI JUN 2019
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TAJUK : BATAS-BATAS DAN ADAB-ADAB PERGAULAN MENGIKUT ISLAM

PENSYARAH : PN RAMNIZA BT ABD RAHMAN

JABATAN : PERDAGANGAN

NAMA AHLI KUMPULAN :

NURATHIRAH BT ASMADI (01DKB17F1042)
AIN NOR FAEZA BT MUHAMMAD AMRAN (01DKB17F1052)
NABILAH BT MOHD HAMIZUL (01DKB17F1058)
MUHAMMAD KHAIRUL SYAFIQ BIN ZAHARI (01DKB17F1070)

KELAS : DKB5B









    “ Kesan negatif budaya ikut trend media sosial




Apakah yang dimaksudkan media sosial?

Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum, dan dunia virtual.


Tahukah anda, Blog merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia?

😰😰😰😰😰






Sejak akhir-akhir ini, aplikasi seperti Bigo dan Tik Tok hangat diperkatakan oleh masyarakat kerana ia memerlukan pengguna untuk menari, melompat, dan sebagainya mengikut yang disediakan.Terbaharu, bukan lah aplikasi tetapi trend semasa yang digelar Keke Challenge. Ia merupakan tarian yang perlu dilakukan di luar kereta dan dalam keadaan kereta yang bergerak sambil mengikut rentak lagu In my Feelings dendangan artis antarabangsa, Drake.


Adakah Bigo dan Tik Tok ini mempengaruhi batas-batas dan adab dalam pergaulan?


                           



Aplikasi tersebut tidak lah mempunyai sebarang masalah. Tetapi yang menjadi kesal apabila muncul pengguna dalam kalangan wanita terutamanya dalam kalangan beragama islam yang tanpa segan silu menari dan berjoget dengan penuh asyik demi perkara yang disebut sebagai hiburan mengikut trend. Tambahan pula, ada yang melakukan aksi menari dan berjoget bersama-sama dengan berlainan jantina ataupun dengan orang yang bukan muhrim. Hal ini akan menyebabkan batas-batas pergaulan tidak terjaga dan seterusnya boleh menimbulkan fitnah serta rosak akidah seseorang itu.


Adakah islam melarang umatnya untuk berhibur?

TIDAK, agama islam tidak pernah melarang umatnya untuk berhibur, namun perlulah berdasarkan landasan yang betul.

Pertama sekali, lihat dahulu tujuan hiburan tersebut. Atas manfaat apa yang kita boleh dapat melalui hiburan yang kita lakukan itu?
Jika untuk diri dikenali, mendedahkan aurat, tarian seksi dan sebagainya, pasti ia adalah hiburan yang ditolak oleh Islam.

Kedua, dalam berhibur, jagalah pergaulan.
“Wanita umpamanya, hendak menari, berzumba dan sebagainya boleh tetapi lakukanlah secara berseorangan atau dalam kalangan Muslimah semata-mata.


KESIMPULAN

Justeru itu, Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa perlu mengawal anak-anak mereka dalam penggunaan media sosial. Hal ini kerana, jika tidak dibendung, maka rosaklah akidah mereka. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka tentang batas-batas dan adab-adab dalam pergaulan supaya mereka tidak terjerumus ke kancah yang tidak baik seperti gejala sosial yang kini semakin berleluasa.


"GEJALA SOSIAL BERLELUASA"


Apa itu pergaulan bebas menurut islam?
Pergaulan bebas yang tidak dibendung mendorong berlakunya gejala sosial yang berleluasa. Menurut agama, pergaulan bebas adalah proses bergaul dengan orang lain terlepas dari ikatan yang mengatur pergaulan. Pergaulan bebas terdapat dalam surah An-Nur ayat 30-31 bahawa hendaklah kita menjaga pandangan mata dalam bergaul.

Batas pergaulam menurut perspektif islam adalah berbeza dan lebih selamat. islam adalah agama yang syumul dan universal. Demi menjaga kemaslahatan umatnya dari terjerumus kepada kebinasaan, islam telah menggariskan syariat yang perlu diikuti. Ini semua terbukti dengan segala ajaran yang terkandung di dalamnya.


Golongan manakah yang terjebak dalam isu pergaulan bebas pada masa kini?
Hari ini, banyak terpapar di dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan iaitu masalah sosial dalam kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing.
Remaja generasi hari ini terpaksa berdepan dengan perkembangan kemajuan teknologi yang semakin pesat. Kita kini sering didedahkan dengan masalah kronik yang melanda dunia antaranya kes rogol, samun, ragut, zina, pembuangan bayi, pembunuhan dan lumba haram. 


Mengapa ia terjadi?
Punca pergaulan bebas dan seks bebas bermula daripada individu itu sendiri. Bagi remaja, setiap individu mempunyai perasaan ingin tahu yang amat mendalam. Ini kerana peringkat remaja adalah satu peringkat peralihan dari dunia kanak-kanak ke dunia dewasa. Faktor kekeluargaan yang kurang baik mahupun faktor persekitaran.  Pengaruh media massa banyak menyumbang kepada gejala sosial ini dan memberi impak yang sangat besar kepada remaja untuk terjebak dengan seks bebas.


Apakah yang telah ditetapkan syariat berkaitan batas pergaulan? Dan mengapa perlu ada batas tersebut?
Antara batas-batas yang telah ditetapkan oleh syariat apabila wujudnya perhubungan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu dijaga dari segi pandangan mata untuk menjaga hati manusia supaya sentiasa terpelihara daripada bisikan syaitan.

Ditulis Oleh: Ain Nor Faeza Binti Muhammad Amran (01DKB17F1052)






"BUDAYA IKUT TREND PUNCA MASALAH SOSIAL"

Kisah tular tentang inap desa di Melaka.
Jika anda pengguna media sosial termasuklah Facebook dan Twitter, anda pasti tahu tentang kisah tular mengenai seorang pengusaha inap desa di Melaka baru-baru ini.

Perkongsian seorang individu bernama Fareez tersebut adalah mengenai luahan rasa terkejutnya apabila kediaman yang disewakan kepada empat orang pelajar institusi pengajian tinggi swasta beragama Islam itu berakhir dengan penemuan yang cukup mencurigakan.
Disewa secara bersama oleh dua orang remaja lelaki dan dua perempuan, Fareez pada awalnya menyangkakan rumah dengan tiga bilik tersebut akan diasingkan sendiri mengikut jantina oleh pelajar berkenaan.
Malangnya, pada keesokan paginya, dia dikejutkan dengan penemuan kondom serta katil yang diubah oleh kumpulan pelajar tersebut hingga memaksa beliau berkongsi tentang perkara tersebut di laman sosial.

Punca utama masalah sosial adalah budaya mengikut trend?

Pensyarah Kepimpinan dan Pengurusan merangkap Kaunselor di Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Roslee Ahmad percaya, antara punca utama kepada masalah ini adalah ekoran budaya mengikut trend, terutamanya dalam kalangan remaja.



Menurutnya, remaja masa kini terlalu banyak menghabiskan masa dengan internet dan gajet.

Lumrah darah muda mencuba sesuata yang baharu.

“Dari situlah bermula segala-segalanya. Daripada hanya mendengar muzik, mereka mula tertarik kepada budaya bebas terutamanya dari Barat yang sering dipertontonkan di media sosial.
“Lumrah darah muda, mereka cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu. Ditambah pula dengan situasi sekarang, remaja mahu diri mereka diiktiraf komuniti maya dan satu-satunya cara adalah haruslah mengikut trend serta ‘tidak kolot’,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Golongan muda menyalahi undang-undang?
Ironinya, masalah sosial golongan muda harapan bangsa ini bukan sekadar mengenai pergaulan bebas semata-mata, malah melibatkan perkara menyalahi undang-undang dan norma manusia.
Semakin berani dan tidak mempedulikan undang-undang apatah lagi hukum agama, golongan muda kini juga dilihat cenderung dengan trend terbaharu menyertai pesta arak, dadah, seks songsang dan banyak lagi.
Kes terbaharu dilaporkan adalah di Seberang Prai, Pulau Pinang. Seramai 25 individu termasuk sembilan remaja wanita ditahan pihak berkuasa ketika sedang hanyut dibuai dadah dalam sebuah inap desa.

Ditulis Oleh: Nurathirah Binti Asmadi (01DKB17F1042)



"Anak luar nikah? SALAH SIAPA?"



Apa itu anak luar nikah?

-          Menurut istilah perundangan, anak yang dilahirkan menerusi hubungan intim antara dua orang manusia iaitu antara lelaki dan wanita yang tidak mempunyai ikatan perjanjian sebagai suami isteri yang sah', maka anak yang dilahirkan itu ialah "anak luar nikah".


Berdasarkan artikel Utusan ini, Statistik penyelidikan menunjukkan purata 18,000 gadis belasan tahun di Malaysia mengandung setiap tahun. Daripada jumlah itu, 25 peratus atau kira-kira 4,500 kes melibatkan hamil luar nikah dan menunjukkan corak yang meningkat dari tahun 2015. Isu ini ditemu bual dengan Pakar Obstetrik dan Sakit Puan UMSC, Prof Madya Dr. Aizura Syafinaz Ahmad Adlan dan juga adiknya yang merupakan seorang Pakar Sakit Jiwa di UMSC, Dr. Aida Syarinaz.

Statistik tersebut juga memaklumkan kira-kira 14 daripada 1,000 gadis bawah umur di Malaysia hamil setiap tahun. Ini menjadikan purata 18,000 gadis hamil setiap tahun. Berbanding di Singapura, kadarnya ialah empat kehamilan bagi setiap 1,000 gadis bawah umur manakala Hong Kong pula mencatatkan tiga daripada 1,000 gadis hamil anak luar nikah. Ini menunjukkan Malaysia dikedudukan atas daripada Hong Kong dan Singapura.

Menurut pendapat Dr. Aizura Syafinaz, masyarakat di Malaysia masih sukar menerima kehamilan gadis belasan tahun yang menjadi faktor kepada perkara ini dilarang dihebahkan termasuk seks sebelum kahwin, sumbang mahram, rogol, penderaan seksual dan kahwin dalam usia belasan tahun.

Rogol Statutori
Kanun Keseksaan mendefinisikan ‘rogol statutori’ sebagai hubungan seks dengan perempuan bawah umur 16 tahun yang tidak mampu memahami bentuk dan kesan mengadakan hubungan berkenaan. Manakala berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kehamilan gadis belasan tahun adalah di mana usia si ibu berusia antara 13 dan 19 tahun.

Dr. Aizura Syafinaz menyatakan kebanyakkan kes ini berlaku dalam kalangan warga miskin bandar. Miskin Bandar merujuk kepada kumpulan socioekonomi yang perbendapatan rendah merangkumi dari ibu tunggal yang mempunyai anak-anak atau ibu bapa yang perlu bekerja seharian demi melangsungkan kelangsungan hidup sekaligus menyebabkan anak-anak mereka tidak mendapat perhatian yang secukupnya.

Menurut beliau, ibu bapa kepada anak – anak yang sudah terlanjur akan memlih untuk menutup aib mereka di hadapan masyarakat daripada mencari jalan penyelesaian.


Pusat Pemulihan
Dr. Aizura Syafinaz menyatakan bahawa mereka yang terbabit akan dihantarkan ke pusat pemulihan untuk melahirkan anak mereka dan terdapat ibu bapa yang ingin anak mereka pulang tetapi tidak mahu bayi yang dilahirkan ikut bersama untuk tujuan munutup aib. Disebabkan perkara ini ada remaja yang mengambil keputusan untuk membuang bayi mereka. Data menunjukkan purata 100 bayi dibuang diseluruh negara setiap tahun.

Menurut beliau lagi, rakyat Malaysia tidak dapat menerima idea mengunakan kondom atau mengambil pil perancang keluarga kerana dianggap kepada kedah membolehkan seks bebas dan persetubuhan haram. Contoh yang diberi ialah pengambilan ubat pil perancang untuk kitaran haid yang lebih teratur dibantah oleh ibu mereka sendiri kerana boleh menyebabkan salah faham terhadap anak mereka.

Pendidikan Seks Di Sekolah
Dr. Aizura Syafinaz memaklumkan bahawa pendidikan seks yang wujud didalam sistem pendidikan sekarang hanya menerangkan secara biologi asas mengenai pembiakkan manusia sahaja. Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan seks yang terlalu akedemik dan masih tidak langung kerana kebanyakkan orang malu untuk bercakap dengan skop tajuk kearah seksualiti.

Statistik menunjukkan bahwa gadis berumur di kalangan  15 tahun mempunyai kadar kehamilan yang lebih tinggi dan mereka membuat keputusan untuk mengajar pendidikan ini di usia 13 tahun. Mereka juga terkejut dengan hasil dapatan dengan sokongan Kementerian Kesihatan melaporkan 35% remaja perempuan berfikir mereka tidak akan mengandung jika melakukan hubungan seks dan satu daripada lima rakyat Malaysia percaya infeksi menular seksual (STI) boleh dijangkitkan oleh nyamuk. Dr. Aizura Syafinaz menyatakan, ibu bapa perlu dipersalahkan kerana tidak membantu anak-anak mereka memahami tentang proses hubungan seksual serta pembiakan manusia sambil menambah keadaan itu disebabkan halangan kebudayaan serta cara ibu bapa itu dibesarkan.

Seks Suka Sama Suka
Menurut kajian, ramai gadis belasan tahun di bawah 16 tahun hamil kerana seks luar nikah.
Dr. Aida Syarinaz menggunakan teori kasih saying dengan skop sebagai anak dan penjaganya akan menentukan masa depan anak – anak itu. Teori ini menyatakan bahawa apabila seorang anak mendapat kasih sayang akan mempunyai harga diri yang lebih tinggi dan begitu juga dengan sikap berdikarri. Kasih sayang merupakan ikatan emosi dengan seseorang. Ikatan kasih sayang yang dijalinkan seawal usia kanak – kanak akan memberi kesan yang mendalam yang berterusan sepanjang hayat.
Dr. Aida Syarinaz menyatakan bahawa dalam keadaan apabila anak perempuan mengandung, ibu bapa perlu belajar untuk menerima keadaan itu dan menangani masalah itu dengan cara paling baik. Sikap menolak kenyataan tidak akan membantu menyelesaikan masalah anak yang mengandung.

Pendapat dari penulis:
Kerajaan dan masyarakat haruslah berganding bahu untuk menangani masalah sosial ini kerana akan menjadikan isu ini menjadi lebih serius untuk ditangani. Kerajaan perlulah meletakkan pendidikan agama islam bagi muslim dan moral bagi bukan muslim sebagai rujukan mereka dalam menangani masalah ini dan masyarakat hmestilah bersama – sama membanteras gejala tidak sihat ini. Selain itu, dari skp yang lebih kecil ibu bapa wajiblah menitik beratkan pendidikan dan kasih sayang terhadap anak – anak mereka kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

Ditulis Oleh: Muhammad Khairul Syafiq Bin Zahari (01DKB17F1070)

No comments:

Post a Comment