POLITEKNIK UNGKU OMAR
SESI JUN 2019
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TAJUK : BATAS-BATAS DAN ADAB-ADAB PERGAULAN MENGIKUT ISLAM
PENSYARAH : PN RAMNIZA BT ABD RAHMAN
JABATAN : PERDAGANGAN
NAMA AHLI KUMPULAN :
NURATHIRAH BT ASMADI (01DKB17F1042)
AIN NOR FAEZA BT MUHAMMAD AMRAN (01DKB17F1052)
NABILAH BT MOHD HAMIZUL (01DKB17F1058)
MUHAMMAD KHAIRUL SYAFIQ BIN ZAHARI (01DKB17F1070)
KELAS : DKB5B
“ Kesan negatif budaya ikut trend media sosial” |
Apakah yang dimaksudkan media sosial?
Media sosial adalah sejenis
media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna
dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog,
rangkaian sosial, wiki, forum, dan dunia virtual.
Sejak akhir-akhir ini, aplikasi seperti Bigo dan Tik Tok
hangat diperkatakan oleh masyarakat kerana ia memerlukan pengguna untuk menari,
melompat, dan sebagainya mengikut yang disediakan.Terbaharu, bukan lah aplikasi
tetapi trend semasa yang digelar Keke Challenge. Ia merupakan tarian yang perlu
dilakukan di luar kereta dan dalam keadaan kereta yang bergerak sambil mengikut
rentak lagu In my Feelings dendangan artis antarabangsa, Drake.
Adakah Bigo dan Tik
Tok ini mempengaruhi batas-batas dan adab dalam pergaulan?


Aplikasi tersebut tidak lah mempunyai sebarang masalah. Tetapi yang
menjadi kesal apabila muncul pengguna dalam kalangan wanita terutamanya dalam
kalangan beragama islam yang tanpa segan silu menari dan berjoget dengan penuh
asyik demi perkara yang disebut sebagai hiburan mengikut trend. Tambahan pula,
ada yang melakukan aksi menari dan berjoget bersama-sama dengan berlainan
jantina ataupun dengan orang yang bukan muhrim. Hal ini akan menyebabkan
batas-batas pergaulan tidak terjaga dan seterusnya boleh menimbulkan fitnah
serta rosak akidah seseorang itu.
Adakah islam melarang
umatnya untuk berhibur?
TIDAK, agama islam tidak
pernah melarang umatnya untuk berhibur, namun perlulah berdasarkan landasan
yang betul.
“Pertama
sekali, lihat dahulu tujuan hiburan tersebut. Atas manfaat apa yang kita
boleh dapat melalui hiburan yang kita lakukan itu?
Jika untuk diri dikenali, mendedahkan aurat,
tarian seksi dan sebagainya, pasti ia adalah hiburan yang ditolak oleh Islam.
“Kedua,
dalam berhibur, jagalah pergaulan.
“Wanita umpamanya, hendak menari, berzumba
dan sebagainya boleh tetapi lakukanlah secara berseorangan atau dalam kalangan
Muslimah semata-mata.
KESIMPULAN
Justeru itu, Ibu bapa perlu memainkan peranan
yang penting, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu
bapa perlu mengawal anak-anak mereka dalam penggunaan media sosial. Hal ini
kerana, jika tidak dibendung, maka rosaklah akidah mereka. Ibu bapa perlu
mengajar anak-anak mereka tentang batas-batas dan adab-adab dalam pergaulan
supaya mereka tidak terjerumus ke kancah yang tidak baik seperti gejala sosial
yang kini semakin berleluasa.
Ditulis Oleh: Nabilah Binti Mohd Hamizul (01DKB17F1058)
"GEJALA SOSIAL BERLELUASA"
Pergaulan bebas yang tidak dibendung mendorong berlakunya gejala sosial yang berleluasa. Menurut agama, pergaulan bebas adalah proses bergaul dengan orang lain terlepas dari ikatan yang mengatur pergaulan. Pergaulan bebas terdapat dalam surah An-Nur ayat 30-31 bahawa hendaklah kita menjaga pandangan mata dalam bergaul.
Batas pergaulam menurut perspektif islam adalah berbeza dan lebih selamat. islam adalah agama yang syumul dan universal. Demi menjaga kemaslahatan umatnya dari terjerumus kepada kebinasaan, islam telah menggariskan syariat yang perlu diikuti. Ini semua terbukti dengan segala ajaran yang terkandung di dalamnya.
Golongan manakah yang terjebak dalam isu pergaulan bebas pada masa kini?
Hari ini, banyak terpapar di dada akhbar suatu isu
yang sedang hebat diperbincangkan iaitu masalah sosial dalam kalangan remaja
yang berleluasa dan amat meruncing.
Remaja generasi hari ini terpaksa berdepan dengan
perkembangan kemajuan teknologi yang semakin pesat. Kita kini sering didedahkan
dengan masalah kronik yang melanda dunia antaranya kes rogol, samun, ragut,
zina, pembuangan bayi, pembunuhan dan lumba haram.
Mengapa ia terjadi?
Punca pergaulan bebas dan seks bebas bermula daripada
individu itu sendiri. Bagi remaja, setiap individu mempunyai perasaan ingin
tahu yang amat mendalam. Ini kerana peringkat remaja adalah satu peringkat
peralihan dari dunia kanak-kanak ke dunia dewasa. Faktor kekeluargaan yang kurang baik
mahupun faktor persekitaran. Pengaruh media massa banyak menyumbang
kepada gejala sosial ini dan memberi impak yang sangat besar kepada remaja
untuk terjebak dengan seks bebas.
Apakah yang telah ditetapkan syariat berkaitan batas
pergaulan? Dan mengapa perlu ada batas tersebut?
Antara batas-batas yang telah
ditetapkan oleh syariat apabila wujudnya perhubungan di antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram perlu dijaga dari segi pandangan mata untuk menjaga
hati manusia supaya sentiasa terpelihara daripada bisikan syaitan.
Ditulis Oleh: Ain Nor Faeza Binti Muhammad Amran (01DKB17F1052)
"BUDAYA
IKUT TREND PUNCA MASALAH SOSIAL"
Kisah tular tentang inap desa di Melaka.
Jika anda
pengguna media sosial termasuklah Facebook dan Twitter, anda pasti tahu tentang
kisah tular mengenai seorang pengusaha inap desa di Melaka baru-baru ini.
Perkongsian
seorang individu bernama Fareez tersebut adalah mengenai luahan rasa
terkejutnya apabila kediaman yang disewakan kepada empat orang pelajar
institusi pengajian tinggi swasta beragama Islam itu berakhir dengan penemuan
yang cukup mencurigakan.
Disewa secara
bersama oleh dua orang remaja lelaki dan dua perempuan, Fareez pada awalnya
menyangkakan rumah dengan tiga bilik tersebut akan diasingkan sendiri mengikut
jantina oleh pelajar berkenaan.
Malangnya,
pada keesokan paginya, dia dikejutkan dengan penemuan kondom serta katil yang
diubah oleh kumpulan pelajar tersebut hingga memaksa beliau berkongsi tentang
perkara tersebut di laman sosial.
Punca
utama masalah sosial adalah budaya mengikut trend?
Pensyarah Kepimpinan dan Pengurusan merangkap
Kaunselor di Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Roslee Ahmad percaya, antara
punca utama kepada masalah ini adalah ekoran budaya mengikut trend, terutamanya
dalam kalangan remaja.
Menurutnya, remaja masa kini terlalu banyak
menghabiskan masa dengan internet dan gajet.
Lumrah darah muda mencuba sesuata yang baharu.
“Dari situlah
bermula segala-segalanya. Daripada hanya mendengar muzik, mereka mula tertarik
kepada budaya bebas terutamanya dari Barat yang sering dipertontonkan di media
sosial.
“Lumrah darah
muda, mereka cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu. Ditambah pula dengan
situasi sekarang, remaja mahu diri mereka diiktiraf komuniti maya dan
satu-satunya cara adalah haruslah mengikut trend serta ‘tidak kolot’,” katanya
ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Golongan muda menyalahi undang-undang?
Ironinya,
masalah sosial golongan muda harapan bangsa ini bukan sekadar mengenai
pergaulan bebas semata-mata, malah melibatkan perkara menyalahi undang-undang
dan norma manusia.
Semakin berani
dan tidak mempedulikan undang-undang apatah lagi hukum agama, golongan muda
kini juga dilihat cenderung dengan trend terbaharu menyertai pesta arak, dadah,
seks songsang dan banyak lagi.
Kes terbaharu
dilaporkan adalah di Seberang Prai, Pulau Pinang. Seramai 25 individu termasuk
sembilan remaja wanita ditahan pihak berkuasa ketika sedang hanyut dibuai dadah
dalam sebuah inap desa.
Ditulis Oleh: Nurathirah Binti Asmadi (01DKB17F1042)
"Anak luar
nikah? SALAH SIAPA?"
Apa itu anak luar nikah?
-
Menurut istilah perundangan, anak yang
dilahirkan menerusi hubungan intim antara dua orang manusia iaitu antara lelaki
dan wanita yang tidak mempunyai ikatan perjanjian sebagai suami isteri yang
sah', maka anak yang dilahirkan itu ialah "anak luar nikah".
Berdasarkan artikel Utusan ini, Statistik penyelidikan menunjukkan
purata 18,000 gadis belasan tahun di Malaysia mengandung setiap tahun. Daripada
jumlah itu, 25 peratus atau kira-kira 4,500 kes melibatkan hamil luar nikah dan
menunjukkan corak yang meningkat dari tahun 2015. Isu ini ditemu bual dengan Pakar
Obstetrik dan Sakit Puan UMSC, Prof Madya Dr. Aizura Syafinaz Ahmad Adlan dan
juga adiknya yang merupakan seorang Pakar Sakit Jiwa di UMSC, Dr. Aida
Syarinaz.
Statistik tersebut juga memaklumkan kira-kira 14 daripada 1,000 gadis bawah umur di Malaysia hamil setiap
tahun. Ini menjadikan purata 18,000 gadis hamil setiap tahun. Berbanding di
Singapura, kadarnya ialah empat kehamilan bagi setiap 1,000 gadis bawah umur
manakala Hong Kong pula mencatatkan tiga daripada 1,000 gadis hamil anak luar
nikah. Ini menunjukkan Malaysia dikedudukan atas daripada Hong Kong dan
Singapura.
Menurut pendapat Dr. Aizura Syafinaz, masyarakat di Malaysia
masih sukar menerima kehamilan gadis belasan tahun yang menjadi faktor kepada
perkara ini dilarang dihebahkan termasuk seks sebelum kahwin, sumbang mahram,
rogol, penderaan seksual dan kahwin dalam usia belasan tahun.
Rogol Statutori
Kanun Keseksaan mendefinisikan ‘rogol statutori’ sebagai
hubungan seks dengan perempuan bawah umur 16 tahun yang tidak mampu memahami
bentuk dan kesan mengadakan hubungan berkenaan. Manakala berdasarkan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), kehamilan gadis belasan tahun adalah di mana usia si
ibu berusia antara 13 dan 19 tahun.
Dr. Aizura Syafinaz menyatakan kebanyakkan kes ini berlaku
dalam kalangan warga miskin bandar. Miskin Bandar merujuk kepada kumpulan
socioekonomi yang perbendapatan rendah merangkumi dari ibu tunggal yang
mempunyai anak-anak atau ibu bapa yang perlu bekerja seharian demi
melangsungkan kelangsungan hidup sekaligus menyebabkan anak-anak mereka tidak
mendapat perhatian yang secukupnya.
Menurut beliau, ibu bapa kepada anak – anak yang sudah
terlanjur akan memlih untuk menutup aib mereka di hadapan masyarakat daripada
mencari jalan penyelesaian.
Pusat Pemulihan
Dr. Aizura Syafinaz menyatakan bahawa mereka yang terbabit
akan dihantarkan ke pusat pemulihan untuk melahirkan anak mereka dan terdapat
ibu bapa yang ingin anak mereka pulang tetapi tidak mahu bayi yang dilahirkan
ikut bersama untuk tujuan munutup aib. Disebabkan perkara ini ada remaja yang
mengambil keputusan untuk membuang bayi mereka. Data menunjukkan purata 100
bayi dibuang diseluruh negara setiap tahun.
Menurut beliau lagi, rakyat Malaysia tidak dapat menerima
idea mengunakan kondom atau mengambil pil perancang keluarga kerana dianggap
kepada kedah membolehkan seks bebas dan persetubuhan haram. Contoh yang diberi
ialah pengambilan ubat pil perancang untuk kitaran haid yang lebih teratur
dibantah oleh ibu mereka sendiri kerana boleh menyebabkan salah faham terhadap
anak mereka.
Pendidikan Seks Di Sekolah
Dr. Aizura Syafinaz memaklumkan bahawa pendidikan seks yang
wujud didalam sistem pendidikan sekarang hanya menerangkan secara biologi asas
mengenai pembiakkan manusia sahaja. Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan
seks yang terlalu akedemik dan masih tidak langung kerana kebanyakkan orang
malu untuk bercakap dengan skop tajuk kearah seksualiti.
Statistik menunjukkan bahwa gadis berumur di kalangan 15 tahun mempunyai kadar kehamilan yang lebih
tinggi dan mereka membuat keputusan untuk mengajar pendidikan ini di usia 13
tahun. Mereka juga terkejut dengan hasil dapatan dengan sokongan Kementerian
Kesihatan melaporkan 35% remaja perempuan berfikir mereka tidak akan mengandung
jika melakukan hubungan seks dan satu daripada lima rakyat Malaysia percaya
infeksi menular seksual (STI) boleh dijangkitkan oleh nyamuk. Dr. Aizura
Syafinaz menyatakan, ibu bapa perlu dipersalahkan kerana tidak membantu
anak-anak mereka memahami tentang proses hubungan seksual serta pembiakan
manusia sambil menambah keadaan itu disebabkan halangan kebudayaan serta cara
ibu bapa itu dibesarkan.
Seks Suka Sama Suka
Menurut kajian, ramai gadis belasan tahun di bawah 16 tahun
hamil kerana seks luar nikah.
Dr. Aida Syarinaz menggunakan teori kasih saying dengan skop
sebagai anak dan penjaganya akan menentukan masa depan anak – anak itu. Teori
ini menyatakan bahawa apabila seorang anak mendapat kasih sayang akan mempunyai
harga diri yang lebih tinggi dan begitu juga dengan sikap berdikarri. Kasih
sayang merupakan ikatan emosi dengan seseorang. Ikatan kasih sayang yang
dijalinkan seawal usia kanak – kanak akan memberi kesan yang mendalam yang
berterusan sepanjang hayat.
Dr. Aida Syarinaz menyatakan bahawa dalam keadaan apabila
anak perempuan mengandung, ibu bapa perlu belajar untuk menerima keadaan itu
dan menangani masalah itu dengan cara paling baik. Sikap menolak kenyataan
tidak akan membantu menyelesaikan masalah anak yang mengandung.
Pendapat dari penulis:
Kerajaan dan masyarakat haruslah berganding bahu untuk
menangani masalah sosial ini kerana akan menjadikan isu ini menjadi lebih
serius untuk ditangani. Kerajaan perlulah meletakkan pendidikan agama islam
bagi muslim dan moral bagi bukan muslim sebagai rujukan mereka dalam menangani
masalah ini dan masyarakat hmestilah bersama – sama membanteras gejala tidak
sihat ini. Selain itu, dari skp yang lebih kecil ibu bapa wajiblah menitik
beratkan pendidikan dan kasih sayang terhadap anak – anak mereka kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
Ditulis Oleh: Muhammad Khairul Syafiq Bin Zahari (01DKB17F1070)




